Pada zaman Rasulullah, bubur talbina ini sering dihidangkan kalau ada kematian ataupun kesedihan. Rasulullah akan mengarahkan agar bubur ini dimasak untuk melegakan kesedihan yang sedang ditanggung ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang. Bubur Talbina ini juga mampu menceriakan perasaan yang gundah, melegakan kepedihan perut dan ulu hati dan juga mengurangkan penyakit nyanyok diusia tua. Kerana itu makanan ini selalu dihidangkan pada orang-orang tua yang kehilangan nafsu makan agar tetap sihat kerana makanan ini memberi nutrisi yang mencukupi untuk proses penyembuhan dalam jangka masa yang Panjang. Disamping itu ia dapat mengurangkan sifat pelupa dan memberikan rasa ceria pada yang mengamalkan bubur ini dalam masa yang Panjang. Pada sesiapa yang mempunyai orang tua yang sering murung, marah-marah dan selalu menolak makanan disarankan mengambil bubur talbina ini dalam menu harian mereka. Ia juga sesuai untuk pesakit gastrik dan anak-anak yang lembab perkembangan otak. Bubur Talbina ini boleh dimasak sebagai bubur, sup, dicampur susu ataupun dibuat salad. BAHAN-BAHAN 1 genggam biji barli 1 genggam biji gandum 2 cawan santan. 1 cawan gula 3 helai daun pandan Secubit garam CARA-CARA
0 Comments
JIKA TAK SEKUAT HUJAN YANG MENYATUKAN LANGIT DAN BUMI, JADILAH SELEMBUT DOA YANG MENYATUKAN HARAPAN DAN TAKDIR. (Azlibaloi) Apa yang kita cari dalam hidup ini…? Kebahagiaan, Kekayaan atau Kehormatan. Walau apapun yang kita cari, hidup ini hanya sekali dan jangan biarkan umur semakin menua tetapi dibazirkan dengan sia-sia. Periksa tabungan kita untuk bekal disana nanti. Adakah telah cukup atau ala-ala kadar sahaja. Seoarang yang bijaksana apabila ditanya tentang wajahnya yang selalu riang dan ceria, lalu dia menjawab “ AKU MALU UNTUK MEMPERLIHATKAN WAJAH SEDIH KETIKA AKU TAHU ALLAH LAH YANG MENGATUR SEGALA URUSANKU.”(katabara.com). Ingatlah, Allah tidak menjadikan langit itu selalu biru, bunga sentiasa mekar dan mentari selalu bersinar. Tetapi ketahuilah bahawa dia selalu memberi senyuman disetiap titisan airmata, berkah disetiap dugaan, jawapan disetiap doa, rahmat disetiap kesusahan serta jalan keluar dari setiap masaalah. SENTIASA MENGINGATINYA DISAAT SENANG DAN SUSAH. SAMA-SAMALAH KITA SUJUD SYUKUR DAN MENGUCAPKAN SEBESAR-BESAR ALHAMDULILLAH. Panggil anak-anak masak sama-sama kat dapur!! BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan sembilang potong 4 3 keping kobis asin potong kasar 1 biji tomato 2 biji terung belah 4 1 kuntum bunga kantan belah 2 2 helai daun kunyit 2 keping asam keping 1 sudu kecil serbuk kunyit 6 tangkai daun ketumbar potong 2 bahagian Bahan Kisar 5 tangkai cili padi merah 3 tangkai cili merah 5 tangkai cili kering 4 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 1 inci halia Secubit halba, biji ketumbar, biji sawi & jintan manis CARA-CARA
Mee yang diperbuat dari adunan tepung gandum berbentuk leper dan kenyal. Dimakan bersama sos chili kobis asin cincang. Membantu melegakan panas badan selain rasanya yang sedap dan mengenyangkan. Amat sesuai untuk hidangan bulan puasa dan hidangan makan malam. BAHAN-BAHAN Tepung gandum ( buat doh utk mee) celur Chili flake (ikut berapa jumlah mee yg dimasak) 6 ulas Bawang putih cincang 2 tangkai daun bawang (dipotong halus) 1 sudu Kicap cair 1 sudu kecil cuka hitam Kalau suka boleh dicampurkan dengan daging cincang CARA-CARA
Makanan ni selalu saya masak untuk buat bekal suami ketempat kerja. Kalau suami kurang berselera diwaktu pagi untuk bersarapan. Sajian seimbang, sihat dan mengenyangkan. Makanan ini buat suami kenyang hingga kepetang. Untuk pengidap Gastrik sajian ni menjadi penyelamat. Sebab tak perlu makan berulang-ulang kali setiap waktu. Ia bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi juga sedap dan menyelerakan. Sekali masak dah boleh buat bekal untuk suami, anak-anak kesekolah dan untuk diri sendiri. Bukan sahaja dapat berjimat tetapi dalam masa yang sama kesihatan keluarga terjamin. Juga mendidik anak-anak untuk tidak membeli makanan yang bukan-bukan dan tidak bagus untuk perkembangan fizikal dan mental. BAHAN-BAHAN 1 pinggan nasi 1 genggam kacang parang rebus 2 batang sosej potong ikut suka ½ capsicum kuning potong dadu 1 tangkai cili merah cincang 3 helai kobis asin cincang ½ biji bawang besar cincang 4 ulas bawang putih cincang 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 genggam sayur bayam hiris halus CARA MASAK
Makanan tradisi masyarakat India. Hanya beberapa restoren sahaja yang menyediakan Appom beras ni. Rasanya sedikit manis, crispy diluar dan lembut serta gebu ditengah-tengah. Tahan hingga keesokan hari. Hanya perlu dipanaskan sahaja. Biasanya Appom beras ni dimakan dengan santan kelapa ataupun dicicah dengan curry. Sedap dibuat breakfast ataupun bekal buat anak-anak kesekolah. Makan sekeping pun dah cukup mengenyangkan. Sesiapa yang suka dengan makanan sebegini, MUDAH & RINGKAS, bolehlah mencuba-cuba untuk mempraktikan resepi ni. BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung beras 3 sudu makan gula 1 sudu kecil yeast Secubit garam & Air secukupnya. 1 biji telur ½ cawan santan pekat. CARA-CARA
SAJIAN ENAK DAN MENGENYANGKAN ISTIMEWA UNTUK FAMILY TERCINTA. DAN DAN NOODLES ni tercipta dari hasil kreativiti seorang penjual jalanan. Asalnya mee ini berkuah banyak. Dalam awal tahun 1930 an hampir kesemua penjual jalanan akan memikul barang-barang jualan mereka menggunakan Kandar iaitu bakul berisi bahan jualan akan digantung dikedua hujung kayu dan kemudiannya dipikul. Ini akan membebankan penjual jalanan yang terpaksa berjalan berpuluh-puluh kilometer untuk menjual dagangan mereka. Tak banyak yang dapat dibawa dan keuntungan pun tidak seberapa. Penjual ini mendapat IDEA bagaimana makanan yang dijualnya boleh mendapatkan keuntungan yang banyak dan mudah untuk dibawa. Disinilah DAN DAN MEE ini tercipta. Kuah mee dikurangkan menjadi sedikit dan semua sauce dijadikan pekat dan kering. Kesemua bahan-bahan fresh ditukar, digantikan dengan daging cincang dan kobis asin untuk memberi perisa yang kuat kerana bahan-bahan yang memberi rasa pada mee ini amat susah untuk dibawa dan tak bertahan lama. Penjual ni memasak sauce dan perencah daging nya dirumah. Dia menggunakan kobis asin dalam daging yang dicincang halus untuk ketahanan dan memberi perisa yang berbeza kerana bahan-bahan yang biasa digunakan terpaksa diganti. Tambahan lagi kobis asin sentiasa ada dirumah untuk simpanan makanan dimusim sejuk. Murah dan sayuran ni ditanam disekeliling rumah mereka. Maka TERCIPTALAH DAN DAN MEE ini yang berkuah PEKAT dan LIKAT dengan KOS yang MURAH tapi SEDAP dan MUDAH untuk DIBAWA. Mee ini menjadi VIRAL dan TERKENAL dinegara China sampai sekarang. BAHAN-BAHAN
Untuk Sup Segenggam ikan bilis Fish cake dihiris nipis Daun bawang (Kesemua bahan ini direbus sampai mendidih) Bahan Sauce Chili 6 tangkai cili padi merah 3 tangkai cili merah 5 ulas bawang putih 5 sudu besar kacang tanah digoreng 2 sudu makan gula 1 sudu kecil lada hitam 2 sudu makan sos pekat caramel 2 sudu makan sos kicap cair ( Semua bahan ini dikisar halus dan dimasak atas api yang kecil) Setelah masak campurkan dengan 2 sudu makan minyak bijan dan 4 sudu makan cili flakes dan perasa. Bahan Untuk Daging Cincang 1 kilo daging cincang 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu kecil cuka hitam (blh digantikan dngn cuka biasa) 1 sudu makan sos pekat caramel hitam 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan kicap cair 6 ulas bawang putih dicincang halus (Semua bahan ini dicampurkan dan di perap selama 1 jam) 400 gram kobis asin dicincang ( Kesemua bahan ini digoreng menggunakan minyak yg sedikit. Masak hingga kering) Bahan Untuk Mee & Sayuran
CARA MENYEDIAKAN
KETIKA ZULAIKHA MENGEJAR CINTA YUSUF, YUSUF MENJAUHI NYA. TAPI SAAT ZULAIKHA MENGEJAR CINTA ALLAH, MAKA ALLAH DATANGKAN YUSUF UNTUKNYA Ketahuilah, bahawa tidak selamanya seseorang yang bermati-matian mengejar mu adalah orang yang benar-benar mencintai mu. Suatu saat ia akan pergi begitu sahaja setelah memuaskan semua EGO yang ada didalam dirinya. Kerana “APAKAH BILA SINGA MENGEJAR RUSA, MENANDAKAN BAHAWA SINGA MENCINTAI RUSA?”….dipetik dari kata-kata Gerak Gerik Langit. Belajarlah menerima dengan hati yang lapang walau apa pun yang terjadi. Takdir tidak pernah bertanya apa perasaan kita. Apakah kita Bahagia ataupun Sengsara. Bahkan Berbasi- basi pun tidak pernah. Lebih baik dicintai daripada mencintai. Tak terasa sakitnya bila terluka. Suatu saat kita akan terbiasa tanpa khabar, tanpa pesan, dan tanpa sapaan hangat darinya. Dengan berjalannya peredaran waktu akan membawa kita kesatu TITIK NOKTAH, ternyata dengan ketiadaan nya membuat hidup kita menjadi lebih baik. Percayalah….. BELAJAR SESUATU DARI CERITA NI!!...OK, SEKARANG KITA KEDAPUR MASAK UNTUK YANG TERSAYANG BAHAN-BAHAN
Kobis Asin hiris kasar Akar teratai potong dan rebus 10 min Kacang buncis potong biasa Rebung hiris kasar 2 biji cili capsicum merah dan kuning potong dadu 1 tangkai cili merah hiris Ayam cincang sedikit 3 tangkai cili kering potong 3 1 biji bawang besar hiris 5 ulas bawang putih cincang halus 1 sudu kecil serbuk lada putih dan hitam Sos Sayur 1 sudu makan kicap cair 1 sudu makan sos tiram 1 sudu kecil gula 1 sudu makan cili oil CARA-CARA
SESUAI UNTUK HIDANGAN MERAIKAN KELUARGA ATAUPUN KAWAN-KAWAN. MERIAH DENGAN PELBAGAI WARNA MEMBUAT MEJA HIDANGAN CERIA DAN MEYELERAKAN. SHARE DENGAN RAKAN-RAKAN SEMUA. JAGA MAKAN!!...PERHATIKAN APA YANG KITA MAKAN. KALAU SAKIT DIRI SENDIRI YANG SUSAHKAN. Mencegah penyakit adalah lebih baik daripada mengubati. Perhatikan setiap bahan-bahan makanan yang digunakan dalam masakan. Bukan setakat Logo Halal tapi pastikan juga bahan-bahan itu menyihatkan dan baik untuk meningkatkan tahap kesihatan kita sekeluarga. Betapa perlunya makanan yang diambil itu seimbang agar tidak memudaratkan dikemudian hari nanti. Selain penjagaan Fizikal tubuh, kita juga harus PEKA dengan kesihatan Mental. Agak janggal kalau hanya tubuh yang segar bugar tapi mental bercelaru dan murung. Untuk mengelakkan Depression yang berpanjangan amalkan mandi dengan Air yang dicampur dengan Ketulan Ais. Masukan sedikit Garam. Cuba amalkan kaedah ini sebelum tidur. .Individu yang mengalami kemurungan biasanya sukar untuk melelapkan mata. Otak mereka sentiasa aktif berfikir dan ini menimbulkan kecelaruan fikiran yang luar biasa. Bermacam-macam perkara yang bermain diminda mereka. Mandian Ais ini akan melegakan urat saraf yang keletihan, melancarkan peredaran darah dan memberi kejutan secara perlahan-lahan yang menyebabkan tubuh mula berinteraksi dan tenang. Mereka mula berasa amat selesa dan rasa mengantuk. Mereka akan menikmati tidur yang sangat lena tanpa apa-apa gangguan. Mandian Ais ini tidak hanya terhad pada individu yang mengalami kecelaruan fikiran, juga boleh dipraktikkan untuk Insomania, badan panas atau memulihkan stamina yang hilang. Cuma jangan diamalkan ketika sedang menghidap demam panas, asthmatic dan yang sedang menghidap darah tinggi. Dalam masa yang sama cuba mendisplinkan diri dengan mengambil DIET yang betul. SALAH SATU NYA MASAKAN TONIK SUP YANG BERKHASIAT INI. AMALKAN!! BAHAN-BAHAN
1 Tulang Gearbox rebus sampai lembut SAYURAN & REMPAH DIGORENG SEKEJAP DALAM MINYAK YANG SEDIKIT 1 batang lobak putih 1 batang lobak merah 1 kelopak sederhana kobis asin 1 biji bawang Holland di belah 2 1 labu bawang putih tanpa kupas kulit 2 inci halia hiris kasar Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan biji cengkih. 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil cuka 1 batang Leek potong kasar Daun bawang Bawang goreng CARA-CARA
KALAU SUKAKAN SUP INI SILA KOMEN DAN SHARE AGAR DAPAT MEMBERI MANFAAT PADA ORANG LAIN. BELAJAR DIAM KERANA LIDAH ITU KECIL TAK BERTULANG DAN RINGAN Kurangkan bercakap kerana salah TUTUR kata mampu mengangkat seseorang dari darjat yang paling tinggi kedarjat yang paling hina. Lebih baik diam, kalau itu hal yang baik untuk kita. Belajar sabar dari kemarahan, belajar kesusahan dari hidup senang, belajar menangis dari satu kebahagiaan, belajar keikhlasan dari kepedihan dan belajar tawakal dari ujian. YAKIN SAHAJA. Apa yang terjadi dalam hidup seseorang baik dan buruk pasti ada HIKMAHNYA. Dan ini semua akan ada waktunya untuk beralih arah. Berhenti untuk membanding-bandingkan hidup kita dengan kehidupan orang lain, kerana tidak ada PERBANDINGAN antara bulan dan matahari. Keduanya tetap bersinar saat waktunya tiba. Bak kata orang-orang tua, “Menegur jangan sampai Menghina, Mendidik jangan sampai Memaki, Meminta jangan sampai Memaksa, Memberi jangan sampai Mengungkit”. Jagalah LIDAH kita sebaik-baiknya sebelum menyakiti hati seseorang. Semoga kita menjadi seperti AIR PUTIH. Ianya tak MEWAH tapi mampu menghilangkan kehausan yang perit. Sekadar renungan dan memperingati diri sendiri. JOM!!..KITA JENGUK APA ADA KAT DAPUR HARI NI…… BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam bertulang (rebus) 100 gram kobis asin potong kasar Kundur dipotong dadu Batang Leek batang daun bawang 5 ulas bawang putih 2 inci halia hiris nipis 4 kuntum bunga lawang 1 sudu makan buah goji (beli disupermarket) 1 sudu makan biji lada hitam 1 sudu kecil jintan putih CARA-CARA
TAK SEMUA MASALAH BOLEH DIKONGSI KERANA TAK SEMUA KAWAN BOLEH KITA PERCAYAI Sedar tak kalau kawan yang kita ada tu adalah BAYANGAN cermin diri kita. Mungkin kita tak sedar. Berkawan dengan orang BERJAYA kita juga akan berjaya. Berkawan dengan orang yang suka MEMBAWANG kita bukan sahaja akan ikut membawang kemungkinan besar bakal menjadi umbi bawang. Berkawan dengan orang yang suka BERMUKA-MUKA lama kelamaan kita akan memiliki kepakaran bagaimana untuk lebih REAL bermuka-muka Mungkin tak semua kawan kita begitu, bergantung bagaimana kita menyesuaikan diri dalam pergaulan. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah ataupun kebaikan pada diri kita. Atau sekadar menjerumuskan kita dalam kancah masaalah. Sebab itulah memilih kawan itu penting. Ingatkan anak-anak, adik beradik dan orang-orang yang kita kasihi. Agar berhati-hati dalam berkawan. Bukan bermakna kita bagus atau terlalu memilih, tetapi ini adalah satu tindakan yang paling wajar untuk kita ambil. Membuktikan kita sayang dan menghormati diri kita sendiri. Kita harus selalu mengingati diri sendiri, bahawasanya tak semua orang menyukai kita. Kita tak perlu berpura-pura untuk terus senyum walaupun kita sendiri tahu kita tidak selesa berada bersama mereka. Belajarlah untuk tidak memaksa diri sendiri hanya sekadar untuk menjaga hati orang yang terang-terang tidak menyukai kita. YOU ARE WHAT YOU ARE “ KITA TAK PERLU MENJADI ORANG LAIN”. LET’S KITA MASAK…. BAHAN-BAHAN
1 kilo ketam potong 2 100 gram kobis asin cincang dadu 5 ulas bawang putih cincang 2 inci halia cincang 3 tangkai cili padi merah cincang 1 tangkai cili merah cincang 1 sudu kecil udang kering 1 batang daun bawang 1 biji telur Sos 3 sudu sos tiram 3 sudu kicap cair 1 sudu makan gula 1 sudu cili oil CARA-CARA
|
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |