Apabila bercakap tentang White Discharge (KEPUTIHAN), pasti ramai yang kurang senang. Bab-bab sensitif begini sebenar nya penting untuk anda pelajari, sekurang kurang nya ada sedikit Info untuk anda faham. Berapa ramai yang tahu, white discharge ni terbahagi kepada beberapa jenis dan mempunyai nama nama berlainan, bergantung pada tahap keseriusan jangkitan tersebut. Walau pun penyebab dan biang keladi nya hanya SATU, iaitu sejenis KULAT (Fungus) yang terdiri daripada beberapa Jenis Species, aktif bergerak memainkan peranan yang berlainan. Topik hari ni, saya nak mengupas tentang 1 jenis jangkitan white discharge dahulu secara ringkas. Jenis yang biasa dan kurang memudaratkan, iaitu WATER DISCHARGE INFECTION (Jangkitan alat sulit gatal dan berair). Mungkin ramai yang tidak sedar pengalaman awal jangkitan ini bermula ketika anda menghampiri usia baligh di saat kedatangan haid yang pertama. Ianya terhasil daripada campuran Bakteria dan Cecair tubuh(seakan glue yang berlendir) impak dari tindak balas perubahan Hormon. Lelehan lendir ini keluar secara semulajadi dan fungsinya untuk mengekalkan kelembapan dan kebersihan alat sulit serta membantu menstabilkan PH bakteria baik dan bakteria jahat. Termasuk juga sel sel mati, akan di singkirkan dalam proses yang sama. Tak perlu bimbang ataupun khuatir kalau seluar dalam anda sentiasa basah semasa proses ini berlangsung. Disarankan sentiasa menggunakan pad agar rasa lebih selesa dan yakin. Ini adalah tindak balas yang Normal dan Sihat. Kalau perlu tukar lah seluar dalam 2 atau 3 kali sehari. Untuk anda mengenali water discharge ini amat mudah. warna nya Putih Jernih, Kental seakan telur putih dan berbau sedikit hanyir. APA KAH PENYEBAB WATER DISCHARGE INI BERLAKU?
======================================== Banyak penyebab nya, saya hanya sebutkan 2 sahaja. 1) - PUBERTY Disaat Reproduktif System(sistem pembiakan) dalam keadaan subur, tubuh mula mengeluarkan lendiran(fluid) dalam jangka masa 6 bulan ke 1 tahun sejak kedatangan haid yang pertama. PROSES KESUBURAN. ================= 1) - SEBELUM SUBUR Tubuh akan memproses 30x Ganda jumlah air dari kebiasaan, kerana pada masa ini tubuh wanita menghasilkan lebih banyak Estrogen. Ini akan mempengaruhi hormon dan akibat dari tindak balas ini membawa kepada perubahan emosi dan karakter seseorang. Jangan bimbang kerana perubahan ini hanya bersifat sementara. Perhatikan dengan teliti, warna dan texture yang terhasil semasa jangkitan( Vaginal Water Discharge) ini berlaku. Warna nya Putih & Likat apabila di pegang. Kalau ada yang merancang untuk mengandung, ini bukanlah masa yang tepat. 2) - SEMASA SUBUR Jangkitan keputihan pada masa ini berwarna Jerneh, Basah dan nampak Kenyal. Waktu yang amat sesuai untuk mengandung kerana Kadar PH nya terbaik untuk proses persenyawaan. WATERY DISCHARGE(Jangkitan Keputihan Berair) boleh juga terjadi di sebabkan === Berolahraga/Exercise === Pengambilan Pil Perancang === Pemakanan yang tidak Teratur dan Seimbang === Menyusukan Anak === Dalam Proses Sebelum dan Selepas Menopause WALAUPUN BEGITU, KESAN KESAN YANG TIMBUL KETIKA JANGKITAN WATER DISCHARGE INI, KADANG KADANG IANYA MENUNJUKAN TANDA TANDA AWAL KEHAMILAN #GET UPDATE #BERSAMBUNG DI HARI KE 5
0 Comments
Cuaca semakin panas sekarang walau jam dah pukul 4 petang. Berpeluh peluh melayan bahang suhu yang semakin tak selesa. Hati dah start terbakar dan mulut mula lah cepat nak merungut. Ni baru panas sikit kat dunia, kat sana nanti tak tau la macam mana. Hmm.......siapa pernah terfikir macam saya. Ialah,..kadang kadang kita ni alpa dan lalai. Di uji sikit kita dah rebah. MENTAL & FIZIKAL COLLAPSE. Bagi yang pernah merasai dan mengalami ujian hidup yang perit, mereka dah kuat, bagi yang belum ianya bagaikan satu kejutan. Yang pasti kita tak boleh nak mengundur, suka tak suka tetap kena melangkah ke depan. Hidup ni sebenar nya lebih banyak manis daripada pahit nya. Cuba renung sejenak, selama kita hidup kat atas muka bumi ni, berapa banyak kita ketawa berbanding berapa kerap kita menangis. Itu belum di darab dengan berapa kali pula kita tersenyum. Pepatah sering mengungkapkan dunia ini adalah pentas sandiwara dan para pelakun nya adalah manusia itu sendiri yang hebat melakunkan pelbagai watak. Tak kira berapa usia, lakunan mereka sentiasa cemerlang. Why not?...cuba kita fahami dari sudut yang berbeza agar ia berbunyi begini,...(Dunia ini adalah bilik peperiksaan dan semua manusia itu hadir untuk menjalani ujian. Sesiapa yang mendapat kelulusan cemerlang sudah pasti akan berada di kedudukan yang paling tinggi dan bakal hidup senang lenang. Bagi yang gagal tempat mereka kekal di bawah. Berkeluh kesah, merungut, tak puas hati. berterusan keciwa dan hidup dalam keadaan haru biru. Masaalah dan kesulitan terus datang silih berganti seakan satu sumpahan. Kebanyakan mereka tak pernah mahu mencari atau memahami sebab musabab kenapa kehidupan sebegini terus menghambat dan membelenggu sesetengah orang. Mungkin sebagai manusia kita selalu lupa untuk bersyukur dan berterima kasih. Setiap waktu, setiap minit dan setiap detik kita hanya tahu meminta , mengambil dan menikmati. Tanpa rasa bersalah kita mengulangi nya berkali kali malah ada yang melakukan nya seumur hidup. Ramai yang masih belum sadar rezeki itu bukan sekadar harta benda atau pun wang berjuta. Rezeki itu ujud dalam pelbagai aspek dan sumber. Perhatikan kehidupan seharian kita dan tanya diri sendiri, jawapan nya sentiasa ada di situ. Buka mata luas luas dan fahamilah erti rezeki itu sebenar benar nya. (Keluarga itu rezeki, ada makan dan minum itu rezeki, ada tempat berteduh dan kenderaan untuk bergerak itu juga rezeki, anak anak yang comel dan lucu itu rezeki kebahgiaan, punya ibu bapa yang masih hidup itu rezeki, cukup sifat dan kesihatan yang baik itu rezeki, tidak buta, pekak atau bisu itu rezeki, bangun tidur masih bernafas dan suami/isteri juga anak anak masih bernyawa itu rezeki, masih mampu menelan makanan dan mengeluarkan nya itu rezeki, ada pekerjaan itu rezeki.....banyak lagi kalau kita tahu bersyukur dan menghayati serta menghargai apa yang kita miliki. Hidup akan menjadi lebih indah dan mudah. Bayangkan kalau salah satu dari rezeki ini di tarik balik. Kadang kadang secara perlahan, kadang kadang secara drastik. Apa akal dan tindakan kita untuk menghadapi situasi sebegini. Mungkin kita tak pernah terfikir akan perkara perkara yang jarang kita syukuri dan selalu terlepas pandang malah tak pernah memberi perhatian yang serius. Sekadar contoh...( Andai nya orang yang selalu menjadi teman tidur isteri/suami selama ini, bertahun tahun bersama, saban hari berperang, setiap ucapan dan kata kata sudah tidak ada manis nya, perasaan benci dan kesal sudah mula bersarang, mula membanding bandingkan dengan milik orang lain, rasa bengang dengan kehidupan yang tiada peningkatan) tiba tiba hilang dari hidup kita selama lama nya. Menangis dan meratap air mata darah pun tak ada siapa yang mampu mengembalikan nya. Inilah yang jarang sangat kita perhatikan apatah lagi mensyukuri apa yang kita ada dan miliki selama ini. Bila semua nya telah hilang baru kita tersedar dari mimpi mimpi yang ternyata palsu. Hanya sekadar mainan otak kita yang tidak stabil tanpa berfikir secara rasional. Kebahagiaan itu tak tak perlu di cari kerana dia tidak ujud di mana mana tempat pun. Kebahagiaan itu hanya perlu di hayati dan di syukuri. Itulah erti kebahagiaan yang sebenar. Kadang kadang kita menjumpai nya di saat kita melihat seekor rama rama kecil yang terbang bebas di atas batas bunga. Semua nya terpulang pada persepsi masing masing. Yang jelas, jadilah seorang insan yang sentiasa positif dan sentiasa kuat mengharungi hari esuk tanpa mengabaikan nilai nilai diri, keluarga, sentiasa bersyukur dan berterima kasih. Berhenti menilai orang lain dan berhenti mengeluh. Perlu perbaiki sikap dan mentaliti sendiri. Bagaimana rupa warna kehidupan kita sekeluarga semua nya terlakar dari sikap dan bait bait perkataan yang kita ucapkan selalu. Harap tidak menggores hati mana mana individu, sekadar perkongsian cerita
Hari ni nak sambung cerita tentang PROBIOTIK FOOD. Tapi topik hari ni saya nak terang kan lebih dalam sikit tentang makanan jenis PICKLE ni. Apa faedah dan kebaikan yang akan kita perolehi kalau mengamalkan makanan jenis ini secara berterusan. Mungkin ramai yang masih keliru dan ragu ragu untuk mencuba. Kerana sudah terbiasa di momokan dengan kata kata makanan jenis Pickle atau Jeruk ni akan menyebabkan penyakit kanser. Adalah lebih baik , kita menyelidiki dan mencari maklumat yang betul agar tidak mudah percaya pada cerita2 yang hanya sekadar cakap2 dan dengar2 sahaja. Bukan dari sumber yang sahih dan mengelirukan. Makanan Pickle seperti Acar/Kimchi/Tempe/Jeruk Asin/Budu/Chencaluk...sbg nya, hanya digunakan sebagai side dishes ataupun di campurkan dalam masakan bergulai. Jadi tidak ada masaalah pada individu yang kurang menyukai rasa nya tetapi masih berminat untuk mengamalkan bagi tujuan kesihatan. Sebenar nya kalau kita kreatif sedikit, makanan jenis pickle ni boleh di pelbagaikan resepi nya mengikut citarasa masing2 agar lebih menyelerakan dan sedap. Bagi saya, ini adalah cara yang amat berkesan untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga tersayang dengan makanan sihat berkhasiat daripada menelan ubat ubatan yang pahit dalam jangka masa yang lama. Mencegah kan lebih baik daripada tersiksa menanggung sakit. Dengan perbelanjaan yang tak seberapa, bayangkanlah berapa banyak kos bil perubatan dapat di jimatkan. Semua nya bermula dari dapur kita sendiri. Apa yang akan di hidangkan di meja makan bakal menentukan result tahap kesihatan tubuh insan insan yang kita kasihi. Telah terbukti makanan yang bersifat Probiotik mengandungi bakteria baik yang membantu menguatkan usus perut dan juga meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Bakteria baik ini lah yang di kenali sebagai PROBIOTIK bertindak melancarkan sistem penghadaman agar makanan yang kita consume bertukar menjadi Zat dan mudah menyerap keseluruh tubuh agar tidak terkumpul di satu satu bahagian tubuh sahaja seperti peha, punggung, lengan dan perut. Masaalah kecelaruan metabolism dapat di atasi. Sebab tu kadang kadang kita cuba untuk menguruskan badan mengambil masa yang amat lama dan juga gagal mengecilkan 4 bahagian tubuh yang sering kita bagi tumpuan extra ni. Ini hanya sedikit Info yang saya nak kongsi.
Hari pertama menulis blog, cicibite nak kongsi pengalaman dan pengetahuan tentang perlu nya Probiotik Food atau bahasa mudah untuk kita faham ialah makanan yang diperamkan (Fermented Food). Masakan melayu kita sering menggunakan bahan ramuan yg di peram atau pun di asin kan, tetapi kurang memahami fungsi makanan sebegini. Walaupun makanan ni dah jadi makanan wajib sekelian lama. Siapa yang tak kenal Budu , Chencaluk , Belacan, Ikan Pekasam , Tempe, Yoghurt , Kimchi, Pickle, Cheese, Tapai, pelbagai jenis Acar dan banyak lagi kalau nak di senaraikan. Nama nama makanan ni langsung tak glam, rupa pun tak lawa. Tapi tau tak? Makanan ini sangat sangat diperlukan tubuh. Kita sebenar nya tak perlu makanan yg mahal -mahal, kalau sekadar mengumpul penyakit. Inilah yang terjadi pada kami sekeluarga dulu. Walaupun background saya pengamal perubatan, tapi selalu lalai. Setiap hari penuh dengan pelbagai urusan. Lunch dan dinner sudah pasti di luar, and most all the time fast food menjadi pilihan. Percayalah aktiviti yang tak berjadual dan tak tersusun , bukan sahaja memenatkan tapi akan memberi tekanan pada kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, kita mula mengalami depresi. Badan mula menunjukan gejala2 penolakan, mood selalu swing, perut semakin membuncit dan mula jarang ke toilet dan kulit mula timbul ruam juga gatal2 seluruh badan. Hari hari letih dan mengantuk walau pun dah tidur lama. Ini semua di sebab kan metabolism tubuh tak seimbang. Makanan yg kita makan tak menjadi zat, terkumpul di tempat2 yg tak sepatut nya seperti peha, lengan, punggung dan perut. Hasil dari sistem pencernaan perut yg bermasaalah. Juga menyebabkan imunisasi tubuh lemah. Makanan yg tak seimbang dan fast food banyak menyumbang pada kecelaruan sistem tubuh dan kebiasaan malas beraktiviti menyebabkan penyakit tak segan silu untuk datang bertandang. Tak sayang kat tubuh badan sendiri ke?. Bagi yang tak gemar menelan ubat2 yg pahit tu, Probiotik food adalah solution terbaik. Cuma amalkan dalam menu seharian. Selain sedap dan berkhasiat, juga terbukti makanan yang amat di perlukan oleh perut. For me!...no bitter pills and I won't spend my nights in the ward. Ada yang agree ? |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |