About Me
Hi, Saya Maria!.
Saya adalah suara dan creator of The Cicibite Blog. Minat saya dalam 'Medicinal Food' mendorong saya untuk mempelajari Rahsia Kurniaan Alam dan di praktik kan dalam Masakan. Keluarga saya are big eaters and a Homecook Food Lovers. Dengan latar belakang saya sebagai Pengamal Perubatan Alternatif, saya banyak fokus kepada pelbagai jenis Herba, Biji bijian dan pelbagai jenis Tumbuhan yang boleh dimanafaatkan sebagai sumber perubatan yang di olah menjadi makanan ( Medical Mechanism). Selain menjadi sajian yang enak dimakan ianya kaya dengan nutrisi, vitamins dan minerals.
Saya menggunakan sumber alam yang tumbuh banyak di sekeliling rumah, kebun dan ada kala nya saya menemui tumbuh tumbuhan ini dikawasan terbiar atau pun ditepi tepi jalan. Ia tumbuh merata rata, cuma ramai yang tidak tahu akan kegunaan nya atau pun tidak mengenali nya langsung. Tumbuh tumbuhan ini adalah sayur sayuran yang amat berkhasiat untuk kesihatan tubuh kita berbanding sayuran yang kita beli di pasar pasar raya. Tanpa baja dan tanpa racun serangga. Ia tumbuh sendiri dan kuat melawan serangan serangga serangga liar dengan cara alami. Saya menetap di Saujana Utama, Sungai Buloh bersama suami, my only daughter dan anak bulus comel kesayangan kami sekeluarga bernama Cici. Rutin kami sekeluarga setiap pagi selepas solat Subuh, wajib bersarapan bersama-sama. Selepas itu kami jalan jalan di luar rumah, memijak tanah dan rumput tanpa menggunakan alas kaki.. Rutin ini kami amalkan setiap pagi sebelum memulakan aktiviti harian. Agar semua Energi Negatif yang melekat di tubuh mengalir kembali ke Bumi. Badan dan minda menjadi lebih segar dan positif. Di blog ini, saya teruja untuk sharing petua dan resepi makanan sihat, murah dan mudah untuk disediakan. Hanya sedikit ilmu pengetahuan dan kreativiti diet keluarga anda terjamin dan terhindar dari cara pemakanan yang tidak sihat. Tidak perlu menggunakan perbelanjaan yang besar dan mahal. Malah anda dapat menjimatkan kos perbelanjaan bulanan. Ini dari pengalaman saya sendiri berdasarkan apa yang telah kami sekeluarga amalkan. Kehidupan keluarga saya lebih rileks dan sihat. In other words, food that we enjoy are the food that you can enjoy. Saya happy melihat keluarga saya mengukir senyuman sentiasa. Tanpa ada keluhan keluhan yang menyedihkan. Maksud saya Aduh Sana!!.....Aduh Sini!!. Asyik tak sihat memanjang. |
|
Inspirasi brand Cicibite wujud apabila anak bulus saya lahir pada 28 May 2017. Ketika itu bulan Ramadhan, ibunya melahirkan 5 anak yang comel comel. Salah satu nya adalah Cici. Sayang, 4 dari 5 ekor meninggal dunia. Yang tinggal hanya seekor. Kami menamakan nya Cici. Ibunya pula menghilangkan diri pada minggu kelapan. Sejak itu, Cici menjadi ahli keluarga kecil kami. Rumah kami kembali meriah dengan kehadiran nya. Cici umpama adik bongsu pada anak tunggal kami. We love her so much. Cici hadir membawa seribu rahmat buat kami sekeluarga. Brand Cicibite terhasil melalui hobi kegemaran Cici yang suka mengigit. Anak perempuan saya selalu komplen tentang Cici who love to bite. Gigitan-gigitan comel. Nama Cicibite ini di pilih oleh anak perempuan saya yang mahu mengabdikan nama Cici dengan trademark gigi nya yang tajam dan tabiat yang aneh. Maka lahir lah CICIBITE.
|
|
ASPIRASI CICIBITE
Selain dari resepi masakan, The Cicibite Blog juga akan kongsikan kehidupan kami diluar dapur- dan juga cerita disebalik tabir pemerosesan produk produk keluaran Cicibite, refleksi kehidupan dan tips tips menjimatkan kos perbelanjaan harian.
|
|