KOBIS ASIN
Kobis Asin Cicibite dibuat daripada kobis yang bertekstur keras yang dikenali sebagai Mustard Green dalam Bahasa Inggeris. Ia juga dikenali dengan pelbagai panggilan dalam Bahasa Melayu seperti, Sayur Pahit, Sawi Itik, Sawi Cina dan banyak lagi bergantung pada tempat dan daerah. Rasa dan fungsi tetap sama, cuma nama sahaja yang berbeza.
Kobis Asin Cicibite diproses menggunakan kaedah 'peram' iaitu direndam dalam air dan garam selama beberapa hari. Makanan atau sayur yang diperam dikenali sebagai makanan probiotik. Terbaik untuk usus sihat. Kobis Asin merupakan salah satu makanan budaya masyarakat IndoCina dan Asia Timur. Teknik sajian Kobis Asin bergantung pada citarasa masyarakat tersebut. Seringkali, masyarakat Melayu Melaka menyajikan Asam Pedas bersama Kobis Asin.
INGIN RASA? ORDER TERUS DENGAN KAMI.