Apabila bercakap tentang White Discharge (KEPUTIHAN), pasti ramai yang kurang senang. Bab-bab sensitif begini sebenar nya penting untuk anda pelajari, sekurang kurang nya ada sedikit Info untuk anda faham. Berapa ramai yang tahu, white discharge ni terbahagi kepada beberapa jenis dan mempunyai nama nama berlainan, bergantung pada tahap keseriusan jangkitan tersebut. Walau pun penyebab dan biang keladi nya hanya SATU, iaitu sejenis KULAT (Fungus) yang terdiri daripada beberapa Jenis Species, aktif bergerak memainkan peranan yang berlainan. Topik hari ni, saya nak mengupas tentang 1 jenis jangkitan white discharge dahulu secara ringkas. Jenis yang biasa dan kurang memudaratkan, iaitu WATER DISCHARGE INFECTION (Jangkitan alat sulit gatal dan berair). Mungkin ramai yang tidak sedar pengalaman awal jangkitan ini bermula ketika anda menghampiri usia baligh di saat kedatangan haid yang pertama. Ianya terhasil daripada campuran Bakteria dan Cecair tubuh(seakan glue yang berlendir) impak dari tindak balas perubahan Hormon. Lelehan lendir ini keluar secara semulajadi dan fungsinya untuk mengekalkan kelembapan dan kebersihan alat sulit serta membantu menstabilkan PH bakteria baik dan bakteria jahat. Termasuk juga sel sel mati, akan di singkirkan dalam proses yang sama. Tak perlu bimbang ataupun khuatir kalau seluar dalam anda sentiasa basah semasa proses ini berlangsung. Disarankan sentiasa menggunakan pad agar rasa lebih selesa dan yakin. Ini adalah tindak balas yang Normal dan Sihat. Kalau perlu tukar lah seluar dalam 2 atau 3 kali sehari. Untuk anda mengenali water discharge ini amat mudah. warna nya Putih Jernih, Kental seakan telur putih dan berbau sedikit hanyir. APA KAH PENYEBAB WATER DISCHARGE INI BERLAKU?
======================================== Banyak penyebab nya, saya hanya sebutkan 2 sahaja. 1) - PUBERTY Disaat Reproduktif System(sistem pembiakan) dalam keadaan subur, tubuh mula mengeluarkan lendiran(fluid) dalam jangka masa 6 bulan ke 1 tahun sejak kedatangan haid yang pertama. PROSES KESUBURAN. ================= 1) - SEBELUM SUBUR Tubuh akan memproses 30x Ganda jumlah air dari kebiasaan, kerana pada masa ini tubuh wanita menghasilkan lebih banyak Estrogen. Ini akan mempengaruhi hormon dan akibat dari tindak balas ini membawa kepada perubahan emosi dan karakter seseorang. Jangan bimbang kerana perubahan ini hanya bersifat sementara. Perhatikan dengan teliti, warna dan texture yang terhasil semasa jangkitan( Vaginal Water Discharge) ini berlaku. Warna nya Putih & Likat apabila di pegang. Kalau ada yang merancang untuk mengandung, ini bukanlah masa yang tepat. 2) - SEMASA SUBUR Jangkitan keputihan pada masa ini berwarna Jerneh, Basah dan nampak Kenyal. Waktu yang amat sesuai untuk mengandung kerana Kadar PH nya terbaik untuk proses persenyawaan. WATERY DISCHARGE(Jangkitan Keputihan Berair) boleh juga terjadi di sebabkan === Berolahraga/Exercise === Pengambilan Pil Perancang === Pemakanan yang tidak Teratur dan Seimbang === Menyusukan Anak === Dalam Proses Sebelum dan Selepas Menopause WALAUPUN BEGITU, KESAN KESAN YANG TIMBUL KETIKA JANGKITAN WATER DISCHARGE INI, KADANG KADANG IANYA MENUNJUKAN TANDA TANDA AWAL KEHAMILAN #GET UPDATE #BERSAMBUNG DI HARI KE 5
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |