Pada zaman Rasulullah, bubur talbina ini sering dihidangkan kalau ada kematian ataupun kesedihan. Rasulullah akan mengarahkan agar bubur ini dimasak untuk melegakan kesedihan yang sedang ditanggung ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang. Bubur Talbina ini juga mampu menceriakan perasaan yang gundah, melegakan kepedihan perut dan ulu hati dan juga mengurangkan penyakit nyanyok diusia tua. Kerana itu makanan ini selalu dihidangkan pada orang-orang tua yang kehilangan nafsu makan agar tetap sihat kerana makanan ini memberi nutrisi yang mencukupi untuk proses penyembuhan dalam jangka masa yang Panjang. Disamping itu ia dapat mengurangkan sifat pelupa dan memberikan rasa ceria pada yang mengamalkan bubur ini dalam masa yang Panjang. Pada sesiapa yang mempunyai orang tua yang sering murung, marah-marah dan selalu menolak makanan disarankan mengambil bubur talbina ini dalam menu harian mereka. Ia juga sesuai untuk pesakit gastrik dan anak-anak yang lembab perkembangan otak. Bubur Talbina ini boleh dimasak sebagai bubur, sup, dicampur susu ataupun dibuat salad. BAHAN-BAHAN 1 genggam biji barli 1 genggam biji gandum 2 cawan santan. 1 cawan gula 3 helai daun pandan Secubit garam CARA-CARA
0 Comments
JIKA TAK SEKUAT HUJAN YANG MENYATUKAN LANGIT DAN BUMI, JADILAH SELEMBUT DOA YANG MENYATUKAN HARAPAN DAN TAKDIR. (Azlibaloi) Apa yang kita cari dalam hidup ini…? Kebahagiaan, Kekayaan atau Kehormatan. Walau apapun yang kita cari, hidup ini hanya sekali dan jangan biarkan umur semakin menua tetapi dibazirkan dengan sia-sia. Periksa tabungan kita untuk bekal disana nanti. Adakah telah cukup atau ala-ala kadar sahaja. Seoarang yang bijaksana apabila ditanya tentang wajahnya yang selalu riang dan ceria, lalu dia menjawab “ AKU MALU UNTUK MEMPERLIHATKAN WAJAH SEDIH KETIKA AKU TAHU ALLAH LAH YANG MENGATUR SEGALA URUSANKU.”(katabara.com). Ingatlah, Allah tidak menjadikan langit itu selalu biru, bunga sentiasa mekar dan mentari selalu bersinar. Tetapi ketahuilah bahawa dia selalu memberi senyuman disetiap titisan airmata, berkah disetiap dugaan, jawapan disetiap doa, rahmat disetiap kesusahan serta jalan keluar dari setiap masaalah. SENTIASA MENGINGATINYA DISAAT SENANG DAN SUSAH. SAMA-SAMALAH KITA SUJUD SYUKUR DAN MENGUCAPKAN SEBESAR-BESAR ALHAMDULILLAH. Panggil anak-anak masak sama-sama kat dapur!! BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan sembilang potong 4 3 keping kobis asin potong kasar 1 biji tomato 2 biji terung belah 4 1 kuntum bunga kantan belah 2 2 helai daun kunyit 2 keping asam keping 1 sudu kecil serbuk kunyit 6 tangkai daun ketumbar potong 2 bahagian Bahan Kisar 5 tangkai cili padi merah 3 tangkai cili merah 5 tangkai cili kering 4 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 1 inci halia Secubit halba, biji ketumbar, biji sawi & jintan manis CARA-CARA
Mee yang diperbuat dari adunan tepung gandum berbentuk leper dan kenyal. Dimakan bersama sos chili kobis asin cincang. Membantu melegakan panas badan selain rasanya yang sedap dan mengenyangkan. Amat sesuai untuk hidangan bulan puasa dan hidangan makan malam. BAHAN-BAHAN Tepung gandum ( buat doh utk mee) celur Chili flake (ikut berapa jumlah mee yg dimasak) 6 ulas Bawang putih cincang 2 tangkai daun bawang (dipotong halus) 1 sudu Kicap cair 1 sudu kecil cuka hitam Kalau suka boleh dicampurkan dengan daging cincang CARA-CARA
Makanan ni selalu saya masak untuk buat bekal suami ketempat kerja. Kalau suami kurang berselera diwaktu pagi untuk bersarapan. Sajian seimbang, sihat dan mengenyangkan. Makanan ini buat suami kenyang hingga kepetang. Untuk pengidap Gastrik sajian ni menjadi penyelamat. Sebab tak perlu makan berulang-ulang kali setiap waktu. Ia bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi juga sedap dan menyelerakan. Sekali masak dah boleh buat bekal untuk suami, anak-anak kesekolah dan untuk diri sendiri. Bukan sahaja dapat berjimat tetapi dalam masa yang sama kesihatan keluarga terjamin. Juga mendidik anak-anak untuk tidak membeli makanan yang bukan-bukan dan tidak bagus untuk perkembangan fizikal dan mental. BAHAN-BAHAN 1 pinggan nasi 1 genggam kacang parang rebus 2 batang sosej potong ikut suka ½ capsicum kuning potong dadu 1 tangkai cili merah cincang 3 helai kobis asin cincang ½ biji bawang besar cincang 4 ulas bawang putih cincang 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 genggam sayur bayam hiris halus CARA MASAK
Makanan tradisi masyarakat India. Hanya beberapa restoren sahaja yang menyediakan Appom beras ni. Rasanya sedikit manis, crispy diluar dan lembut serta gebu ditengah-tengah. Tahan hingga keesokan hari. Hanya perlu dipanaskan sahaja. Biasanya Appom beras ni dimakan dengan santan kelapa ataupun dicicah dengan curry. Sedap dibuat breakfast ataupun bekal buat anak-anak kesekolah. Makan sekeping pun dah cukup mengenyangkan. Sesiapa yang suka dengan makanan sebegini, MUDAH & RINGKAS, bolehlah mencuba-cuba untuk mempraktikan resepi ni. BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung beras 3 sudu makan gula 1 sudu kecil yeast Secubit garam & Air secukupnya. 1 biji telur ½ cawan santan pekat. CARA-CARA
|
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |