Selamat Hari Raya Aidilfitiri! Hari yang sungguh indah buat umat Islam dan hari yang menyeronokkan buat kanak-kanak. Setiap tahun, Ibu ibu sibuk mempersiapkan hidangan raya, kuih raya, mengemas rumah. Ada yang beli perabot baru, langsir baru dan juga ramai yang sibuk fikir tema baju raya apa tahun ni. Ada yang pula sibuk fikir berapa 'modal' duit raya nak diasingkan untuk budak-budak yang datang beraya nanti. Si Ayah pula kalau dah habis asingkan duit untuk beli bekalan raya, pasti akan asingkan duit untuk mercun. Tapi, adakah ini ERTI raya sebenar? Aidilfitri datang dari perkataan arab yang datang dengan 2 perkataan iaitu, 'Aidil' bermaksud sesuai yang datang berturut-turut, dengan kata lain kegembiraan yang datang berturut-turut. Perkataan ini hanya wujud sekali dalam Quran dalam Surah Al-Maidah:115. Perkataan 'Fitri' pula bermaksud buka atau membuka puasa. Justeru, 'Aidilfitiri' bermaksud kepulangan kegembiraan hadir dengan membuka puasa. Amalan dihari raya pertama yang sering diikuti oleh kaum lelaki untuk menjalankan solat sunat hari raya adalah berdasarkan amalan Rasulullah. Aidilfitri yang pertama hanya disambut pada hijrah kedua dimana Perang Badar berlaku pada bulan Ramadhan. Pada awalnya, Rasulullah mendirikan solat sunat raya di kawasan yang luas dan bukannya masjid dan akan memberikan Tazkirah raya sebelum pulang mengikut jalan yang berbeza daripada jalan yang baginda datang. Rasulullah sering bersyukur dan berterima kasih dan mengajar kaum Muslimin untuk mengikut jalan yang benar dan menjadi hamba yang soleh dan mentaati segala arahan Allah S.W.T. Baginda juga mengajar kaum wanita tentang sedekah dan keikhlasan semoga dijauhkan dari pintu neraka. Kaum wanita ketika itu tidak berpuas hati dan bertanya kenapa hal itu diajukan pada mereka? Baginda menjawab dengan berkata "Kamu mengadu terlampau banyak dan tidak bersyukur dengan suami". Selepas mendengar kata-kata Baginda, lantas mereka menanggalkan rantai emas masing masing untuk disedekahkan. Erti kesyukuran dan keikhlasan sering dikaitkan dengan Ramadhan dan Aidilfitri hanya dikaitkan dengan kegembiraan. Perayaan Aidilfitri adalah kesinambungan atas rasa kesyukuran dan keikhlasan yang kita sering rasai dibulan Ramadhan. Oleh kerana itu zakat fitrah diwajibkan sebelum bulan syawal supaya golongan yang tidak berkemampuan dapat meraikan bulan kegembiraan bersama-sama. Elemen pengorbanan wujud pada bulan Ramadhan, dimana kita mengalami erti kelaparan, kehausan dan kepenatan yang sering menjadi kehidupan buat yang tidak bernasib baik. Aidilfitri membawa petanda kegembiraan dimana setiap pengorbanan akan diakhiri dengan kegembiraan. Oleh kerana itu, solat hari raya membawa makna untuk kita sentiasa mengingati keperitan pengorbanan dan menyemati erti kesyukuran didalam hati setiap muslimin untuk setiap kesusahan yang dialami oleh diri sendiri serta muslimin yang lain. Erti kata lain, raya Aidilfitri yang kita rayakan tahun ini bukanlah perayaan sebenar dimana kita menyajikan makanan sedap sedap tetapi baki makanan juga banyak dibuang ke tong sampah, membeli perabot baru padahal duit tidak mencukupi untuk membayar bil-bil penting, bangga menayangkan baju baru tetapi baju raya lama hanya dipakai sekali dan jelas tidak menepati syariat, memberi duit raya dan mengajar anak-anak menjadi materialistik dan lupa akan adat dan agama.
Kaum muslimin kini sudah lupa akan erti aidilfitri. Berlumba lumba menonjolkan sifat materialistik masing-masing. Maksud aidfiltri adalah untuk bersama dengan keluarga, menyayangi saudara sesama Islam dan membantu saudara yang tidak berkemampuan. Benar, perayaan Aidilfitri adalah hari yang penuh kegembiraan, tetapi adakah kegembiraan itu terhad dengan barangan seperti baju raya, kuih raya dan duit raya? Adakah kita benar-benar bersyukur dengan apa yang kita miliki hinggakan kita sedih apabila tidak mempunyai 'barangan baru untuk beraya'? Berkongsi kegembiraan dengan yang tidak berkemampuan adalah satu kegembiraan yang patut dikecapi oleh setiap saudara muslim dan muslimah. Kegembiraan spiritual aidilfitri adalah kegembiraan azali yang tidak dapat dicapai tanpa memahami erti kesyukuran, keilkhlasan dan pengorbanan.
0 Comments
|
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |