Bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi. Rendang, Ketupat, Nasi Impit, Kuah Kacang, Masak Lodeh dan Kari Ayam/Daging menjadi hidangan wajib tiap kali tiba waktu waktu perayaan seperti ini. Lain negeri dan daerah, lain citarasa sajian dan variety masakan. Bagi masyarakat setempat di Selangor, sajian begini mudah di lihat hampir di setiap rumah yang anda kunjungi. Tahun ni saya nak hidangkan Masak Gulai Lemak Cili Padi, Kambing Salai + Jeruk Asin dan Bendi. Untuk citarasa yang berbeza dan tak lah boring dengan sajian yang sama untuk di nikmati. Biar rasa manis yang kita telan sepanjang perayaan di selang seli kan dengan rasa Pedas, Masam dan sedikit Masin. Goreng kan Ikan Pekasam, Ulam dan Sambal Belacan. Kalau ada yang nak mencuba, saya share kan resepi. Cuma saya lebih suka menggunakan Claypot untuk memasak hidangan ni kerana rasa nya berbeza dan lebih sedap. BAHAN ASAS 1
--------------------- Daging Kambing 1kg ( di salai atas api/bara) - bila dah masak ketuk hingga lembut dan ceraikan/potong ikut suka. Jeruk Asin 1/2 kg ( potong kasar/panjang) Bendi 1/2 kg Tomato 3 biji Daun Kunyit (2helai) Daun Limau Purut (5 helai) Cili Merah Besar (4 tangkai) belah 2 Lengkuas 1 inci (di ketuk) Jus Limau (1 sudu makan) blh di ganti dgn asam jawa/keping. Santan cair 3 cawan Santan Pekat 1 cawan. BAHAN RAMUAN _______________ Cili Padi Merah (12 tangkai) Cili Merah Besar ( 5 tangkai) Serai (2 batang) di racik halus) Cekur (1 inci) Kunyit hidup (1 inci) boleh di ganti serbuk kunyit. Belacan (1 inci) Bawang merah besar (1 biji) Bawang Putih (6 ulas) Halia (1 inci) (Kisar semua bahan ramuan ini hingga halus) CARA MASAK _____________
Gulai ni sedap dimakan masa tengah panas, sebab tu saya gunakan claypot sebab tahap kepanasan nya kekal hingga 1 jam. Bagi yang tak suka makan dengan nasi, boleh cicah dengan roti arab.
0 Comments
|
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |