Hari ni nak sambung cerita tentang PROBIOTIK FOOD. Tapi topik hari ni saya nak terang kan lebih dalam sikit tentang makanan jenis PICKLE ni. Apa faedah dan kebaikan yang akan kita perolehi kalau mengamalkan makanan jenis ini secara berterusan. Mungkin ramai yang masih keliru dan ragu ragu untuk mencuba. Kerana sudah terbiasa di momokan dengan kata kata makanan jenis Pickle atau Jeruk ni akan menyebabkan penyakit kanser. Adalah lebih baik , kita menyelidiki dan mencari maklumat yang betul agar tidak mudah percaya pada cerita2 yang hanya sekadar cakap2 dan dengar2 sahaja. Bukan dari sumber yang sahih dan mengelirukan. Makanan Pickle seperti Acar/Kimchi/Tempe/Jeruk Asin/Budu/Chencaluk...sbg nya, hanya digunakan sebagai side dishes ataupun di campurkan dalam masakan bergulai. Jadi tidak ada masaalah pada individu yang kurang menyukai rasa nya tetapi masih berminat untuk mengamalkan bagi tujuan kesihatan. Sebenar nya kalau kita kreatif sedikit, makanan jenis pickle ni boleh di pelbagaikan resepi nya mengikut citarasa masing2 agar lebih menyelerakan dan sedap. Bagi saya, ini adalah cara yang amat berkesan untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga tersayang dengan makanan sihat berkhasiat daripada menelan ubat ubatan yang pahit dalam jangka masa yang lama. Mencegah kan lebih baik daripada tersiksa menanggung sakit. Dengan perbelanjaan yang tak seberapa, bayangkanlah berapa banyak kos bil perubatan dapat di jimatkan. Semua nya bermula dari dapur kita sendiri. Apa yang akan di hidangkan di meja makan bakal menentukan result tahap kesihatan tubuh insan insan yang kita kasihi. Telah terbukti makanan yang bersifat Probiotik mengandungi bakteria baik yang membantu menguatkan usus perut dan juga meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Bakteria baik ini lah yang di kenali sebagai PROBIOTIK bertindak melancarkan sistem penghadaman agar makanan yang kita consume bertukar menjadi Zat dan mudah menyerap keseluruh tubuh agar tidak terkumpul di satu satu bahagian tubuh sahaja seperti peha, punggung, lengan dan perut. Masaalah kecelaruan metabolism dapat di atasi. Sebab tu kadang kadang kita cuba untuk menguruskan badan mengambil masa yang amat lama dan juga gagal mengecilkan 4 bahagian tubuh yang sering kita bagi tumpuan extra ni. Ini hanya sedikit Info yang saya nak kongsi.
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |