Cuaca semakin panas sekarang walau jam dah pukul 4 petang. Berpeluh peluh melayan bahang suhu yang semakin tak selesa. Hati dah start terbakar dan mulut mula lah cepat nak merungut. Ni baru panas sikit kat dunia, kat sana nanti tak tau la macam mana. Hmm.......siapa pernah terfikir macam saya. Ialah,..kadang kadang kita ni alpa dan lalai. Di uji sikit kita dah rebah. MENTAL & FIZIKAL COLLAPSE. Bagi yang pernah merasai dan mengalami ujian hidup yang perit, mereka dah kuat, bagi yang belum ianya bagaikan satu kejutan. Yang pasti kita tak boleh nak mengundur, suka tak suka tetap kena melangkah ke depan. Hidup ni sebenar nya lebih banyak manis daripada pahit nya. Cuba renung sejenak, selama kita hidup kat atas muka bumi ni, berapa banyak kita ketawa berbanding berapa kerap kita menangis. Itu belum di darab dengan berapa kali pula kita tersenyum. Pepatah sering mengungkapkan dunia ini adalah pentas sandiwara dan para pelakun nya adalah manusia itu sendiri yang hebat melakunkan pelbagai watak. Tak kira berapa usia, lakunan mereka sentiasa cemerlang. Why not?...cuba kita fahami dari sudut yang berbeza agar ia berbunyi begini,...(Dunia ini adalah bilik peperiksaan dan semua manusia itu hadir untuk menjalani ujian. Sesiapa yang mendapat kelulusan cemerlang sudah pasti akan berada di kedudukan yang paling tinggi dan bakal hidup senang lenang. Bagi yang gagal tempat mereka kekal di bawah. Berkeluh kesah, merungut, tak puas hati. berterusan keciwa dan hidup dalam keadaan haru biru. Masaalah dan kesulitan terus datang silih berganti seakan satu sumpahan. Kebanyakan mereka tak pernah mahu mencari atau memahami sebab musabab kenapa kehidupan sebegini terus menghambat dan membelenggu sesetengah orang. Mungkin sebagai manusia kita selalu lupa untuk bersyukur dan berterima kasih. Setiap waktu, setiap minit dan setiap detik kita hanya tahu meminta , mengambil dan menikmati. Tanpa rasa bersalah kita mengulangi nya berkali kali malah ada yang melakukan nya seumur hidup. Ramai yang masih belum sadar rezeki itu bukan sekadar harta benda atau pun wang berjuta. Rezeki itu ujud dalam pelbagai aspek dan sumber. Perhatikan kehidupan seharian kita dan tanya diri sendiri, jawapan nya sentiasa ada di situ. Buka mata luas luas dan fahamilah erti rezeki itu sebenar benar nya. (Keluarga itu rezeki, ada makan dan minum itu rezeki, ada tempat berteduh dan kenderaan untuk bergerak itu juga rezeki, anak anak yang comel dan lucu itu rezeki kebahgiaan, punya ibu bapa yang masih hidup itu rezeki, cukup sifat dan kesihatan yang baik itu rezeki, tidak buta, pekak atau bisu itu rezeki, bangun tidur masih bernafas dan suami/isteri juga anak anak masih bernyawa itu rezeki, masih mampu menelan makanan dan mengeluarkan nya itu rezeki, ada pekerjaan itu rezeki.....banyak lagi kalau kita tahu bersyukur dan menghayati serta menghargai apa yang kita miliki. Hidup akan menjadi lebih indah dan mudah. Bayangkan kalau salah satu dari rezeki ini di tarik balik. Kadang kadang secara perlahan, kadang kadang secara drastik. Apa akal dan tindakan kita untuk menghadapi situasi sebegini. Mungkin kita tak pernah terfikir akan perkara perkara yang jarang kita syukuri dan selalu terlepas pandang malah tak pernah memberi perhatian yang serius. Sekadar contoh...( Andai nya orang yang selalu menjadi teman tidur isteri/suami selama ini, bertahun tahun bersama, saban hari berperang, setiap ucapan dan kata kata sudah tidak ada manis nya, perasaan benci dan kesal sudah mula bersarang, mula membanding bandingkan dengan milik orang lain, rasa bengang dengan kehidupan yang tiada peningkatan) tiba tiba hilang dari hidup kita selama lama nya. Menangis dan meratap air mata darah pun tak ada siapa yang mampu mengembalikan nya. Inilah yang jarang sangat kita perhatikan apatah lagi mensyukuri apa yang kita ada dan miliki selama ini. Bila semua nya telah hilang baru kita tersedar dari mimpi mimpi yang ternyata palsu. Hanya sekadar mainan otak kita yang tidak stabil tanpa berfikir secara rasional. Kebahagiaan itu tak tak perlu di cari kerana dia tidak ujud di mana mana tempat pun. Kebahagiaan itu hanya perlu di hayati dan di syukuri. Itulah erti kebahagiaan yang sebenar. Kadang kadang kita menjumpai nya di saat kita melihat seekor rama rama kecil yang terbang bebas di atas batas bunga. Semua nya terpulang pada persepsi masing masing. Yang jelas, jadilah seorang insan yang sentiasa positif dan sentiasa kuat mengharungi hari esuk tanpa mengabaikan nilai nilai diri, keluarga, sentiasa bersyukur dan berterima kasih. Berhenti menilai orang lain dan berhenti mengeluh. Perlu perbaiki sikap dan mentaliti sendiri. Bagaimana rupa warna kehidupan kita sekeluarga semua nya terlakar dari sikap dan bait bait perkataan yang kita ucapkan selalu. Harap tidak menggores hati mana mana individu, sekadar perkongsian cerita
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |