Hari pertama menulis blog, cicibite nak kongsi pengalaman dan pengetahuan tentang perlu nya Probiotik Food atau bahasa mudah untuk kita faham ialah makanan yang diperamkan (Fermented Food). Masakan melayu kita sering menggunakan bahan ramuan yg di peram atau pun di asin kan, tetapi kurang memahami fungsi makanan sebegini. Walaupun makanan ni dah jadi makanan wajib sekelian lama. Siapa yang tak kenal Budu , Chencaluk , Belacan, Ikan Pekasam , Tempe, Yoghurt , Kimchi, Pickle, Cheese, Tapai, pelbagai jenis Acar dan banyak lagi kalau nak di senaraikan. Nama nama makanan ni langsung tak glam, rupa pun tak lawa. Tapi tau tak? Makanan ini sangat sangat diperlukan tubuh. Kita sebenar nya tak perlu makanan yg mahal -mahal, kalau sekadar mengumpul penyakit. Inilah yang terjadi pada kami sekeluarga dulu. Walaupun background saya pengamal perubatan, tapi selalu lalai. Setiap hari penuh dengan pelbagai urusan. Lunch dan dinner sudah pasti di luar, and most all the time fast food menjadi pilihan. Percayalah aktiviti yang tak berjadual dan tak tersusun , bukan sahaja memenatkan tapi akan memberi tekanan pada kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, kita mula mengalami depresi. Badan mula menunjukan gejala2 penolakan, mood selalu swing, perut semakin membuncit dan mula jarang ke toilet dan kulit mula timbul ruam juga gatal2 seluruh badan. Hari hari letih dan mengantuk walau pun dah tidur lama. Ini semua di sebab kan metabolism tubuh tak seimbang. Makanan yg kita makan tak menjadi zat, terkumpul di tempat2 yg tak sepatut nya seperti peha, lengan, punggung dan perut. Hasil dari sistem pencernaan perut yg bermasaalah. Juga menyebabkan imunisasi tubuh lemah. Makanan yg tak seimbang dan fast food banyak menyumbang pada kecelaruan sistem tubuh dan kebiasaan malas beraktiviti menyebabkan penyakit tak segan silu untuk datang bertandang. Tak sayang kat tubuh badan sendiri ke?. Bagi yang tak gemar menelan ubat2 yg pahit tu, Probiotik food adalah solution terbaik. Cuma amalkan dalam menu seharian. Selain sedap dan berkhasiat, juga terbukti makanan yang amat di perlukan oleh perut. For me!...no bitter pills and I won't spend my nights in the ward. Ada yang agree ?
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |