TAK SEMUA MASALAH BOLEH DIKONGSI KERANA TAK SEMUA KAWAN BOLEH KITA PERCAYAI Sedar tak kalau kawan yang kita ada tu adalah BAYANGAN cermin diri kita. Mungkin kita tak sedar. Berkawan dengan orang BERJAYA kita juga akan berjaya. Berkawan dengan orang yang suka MEMBAWANG kita bukan sahaja akan ikut membawang kemungkinan besar bakal menjadi umbi bawang. Berkawan dengan orang yang suka BERMUKA-MUKA lama kelamaan kita akan memiliki kepakaran bagaimana untuk lebih REAL bermuka-muka Mungkin tak semua kawan kita begitu, bergantung bagaimana kita menyesuaikan diri dalam pergaulan. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah ataupun kebaikan pada diri kita. Atau sekadar menjerumuskan kita dalam kancah masaalah. Sebab itulah memilih kawan itu penting. Ingatkan anak-anak, adik beradik dan orang-orang yang kita kasihi. Agar berhati-hati dalam berkawan. Bukan bermakna kita bagus atau terlalu memilih, tetapi ini adalah satu tindakan yang paling wajar untuk kita ambil. Membuktikan kita sayang dan menghormati diri kita sendiri. Kita harus selalu mengingati diri sendiri, bahawasanya tak semua orang menyukai kita. Kita tak perlu berpura-pura untuk terus senyum walaupun kita sendiri tahu kita tidak selesa berada bersama mereka. Belajarlah untuk tidak memaksa diri sendiri hanya sekadar untuk menjaga hati orang yang terang-terang tidak menyukai kita. YOU ARE WHAT YOU ARE “ KITA TAK PERLU MENJADI ORANG LAIN”. LET’S KITA MASAK…. BAHAN-BAHAN
1 kilo ketam potong 2 100 gram kobis asin cincang dadu 5 ulas bawang putih cincang 2 inci halia cincang 3 tangkai cili padi merah cincang 1 tangkai cili merah cincang 1 sudu kecil udang kering 1 batang daun bawang 1 biji telur Sos 3 sudu sos tiram 3 sudu kicap cair 1 sudu makan gula 1 sudu cili oil CARA-CARA
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |