JAGA MAKAN!!...PERHATIKAN APA YANG KITA MAKAN. KALAU SAKIT DIRI SENDIRI YANG SUSAHKAN. Mencegah penyakit adalah lebih baik daripada mengubati. Perhatikan setiap bahan-bahan makanan yang digunakan dalam masakan. Bukan setakat Logo Halal tapi pastikan juga bahan-bahan itu menyihatkan dan baik untuk meningkatkan tahap kesihatan kita sekeluarga. Betapa perlunya makanan yang diambil itu seimbang agar tidak memudaratkan dikemudian hari nanti. Selain penjagaan Fizikal tubuh, kita juga harus PEKA dengan kesihatan Mental. Agak janggal kalau hanya tubuh yang segar bugar tapi mental bercelaru dan murung. Untuk mengelakkan Depression yang berpanjangan amalkan mandi dengan Air yang dicampur dengan Ketulan Ais. Masukan sedikit Garam. Cuba amalkan kaedah ini sebelum tidur. .Individu yang mengalami kemurungan biasanya sukar untuk melelapkan mata. Otak mereka sentiasa aktif berfikir dan ini menimbulkan kecelaruan fikiran yang luar biasa. Bermacam-macam perkara yang bermain diminda mereka. Mandian Ais ini akan melegakan urat saraf yang keletihan, melancarkan peredaran darah dan memberi kejutan secara perlahan-lahan yang menyebabkan tubuh mula berinteraksi dan tenang. Mereka mula berasa amat selesa dan rasa mengantuk. Mereka akan menikmati tidur yang sangat lena tanpa apa-apa gangguan. Mandian Ais ini tidak hanya terhad pada individu yang mengalami kecelaruan fikiran, juga boleh dipraktikkan untuk Insomania, badan panas atau memulihkan stamina yang hilang. Cuma jangan diamalkan ketika sedang menghidap demam panas, asthmatic dan yang sedang menghidap darah tinggi. Dalam masa yang sama cuba mendisplinkan diri dengan mengambil DIET yang betul. SALAH SATU NYA MASAKAN TONIK SUP YANG BERKHASIAT INI. AMALKAN!! BAHAN-BAHAN
1 Tulang Gearbox rebus sampai lembut SAYURAN & REMPAH DIGORENG SEKEJAP DALAM MINYAK YANG SEDIKIT 1 batang lobak putih 1 batang lobak merah 1 kelopak sederhana kobis asin 1 biji bawang Holland di belah 2 1 labu bawang putih tanpa kupas kulit 2 inci halia hiris kasar Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan biji cengkih. 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil cuka 1 batang Leek potong kasar Daun bawang Bawang goreng CARA-CARA
KALAU SUKAKAN SUP INI SILA KOMEN DAN SHARE AGAR DAPAT MEMBERI MANFAAT PADA ORANG LAIN.
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |