BELAJAR DIAM KERANA LIDAH ITU KECIL TAK BERTULANG DAN RINGAN Kurangkan bercakap kerana salah TUTUR kata mampu mengangkat seseorang dari darjat yang paling tinggi kedarjat yang paling hina. Lebih baik diam, kalau itu hal yang baik untuk kita. Belajar sabar dari kemarahan, belajar kesusahan dari hidup senang, belajar menangis dari satu kebahagiaan, belajar keikhlasan dari kepedihan dan belajar tawakal dari ujian. YAKIN SAHAJA. Apa yang terjadi dalam hidup seseorang baik dan buruk pasti ada HIKMAHNYA. Dan ini semua akan ada waktunya untuk beralih arah. Berhenti untuk membanding-bandingkan hidup kita dengan kehidupan orang lain, kerana tidak ada PERBANDINGAN antara bulan dan matahari. Keduanya tetap bersinar saat waktunya tiba. Bak kata orang-orang tua, “Menegur jangan sampai Menghina, Mendidik jangan sampai Memaki, Meminta jangan sampai Memaksa, Memberi jangan sampai Mengungkit”. Jagalah LIDAH kita sebaik-baiknya sebelum menyakiti hati seseorang. Semoga kita menjadi seperti AIR PUTIH. Ianya tak MEWAH tapi mampu menghilangkan kehausan yang perit. Sekadar renungan dan memperingati diri sendiri. JOM!!..KITA JENGUK APA ADA KAT DAPUR HARI NI…… BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam bertulang (rebus) 100 gram kobis asin potong kasar Kundur dipotong dadu Batang Leek batang daun bawang 5 ulas bawang putih 2 inci halia hiris nipis 4 kuntum bunga lawang 1 sudu makan buah goji (beli disupermarket) 1 sudu makan biji lada hitam 1 sudu kecil jintan putih CARA-CARA
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |