SAJIAN ENAK DAN MENGENYANGKAN ISTIMEWA UNTUK FAMILY TERCINTA. DAN DAN NOODLES ni tercipta dari hasil kreativiti seorang penjual jalanan. Asalnya mee ini berkuah banyak. Dalam awal tahun 1930 an hampir kesemua penjual jalanan akan memikul barang-barang jualan mereka menggunakan Kandar iaitu bakul berisi bahan jualan akan digantung dikedua hujung kayu dan kemudiannya dipikul. Ini akan membebankan penjual jalanan yang terpaksa berjalan berpuluh-puluh kilometer untuk menjual dagangan mereka. Tak banyak yang dapat dibawa dan keuntungan pun tidak seberapa. Penjual ini mendapat IDEA bagaimana makanan yang dijualnya boleh mendapatkan keuntungan yang banyak dan mudah untuk dibawa. Disinilah DAN DAN MEE ini tercipta. Kuah mee dikurangkan menjadi sedikit dan semua sauce dijadikan pekat dan kering. Kesemua bahan-bahan fresh ditukar, digantikan dengan daging cincang dan kobis asin untuk memberi perisa yang kuat kerana bahan-bahan yang memberi rasa pada mee ini amat susah untuk dibawa dan tak bertahan lama. Penjual ni memasak sauce dan perencah daging nya dirumah. Dia menggunakan kobis asin dalam daging yang dicincang halus untuk ketahanan dan memberi perisa yang berbeza kerana bahan-bahan yang biasa digunakan terpaksa diganti. Tambahan lagi kobis asin sentiasa ada dirumah untuk simpanan makanan dimusim sejuk. Murah dan sayuran ni ditanam disekeliling rumah mereka. Maka TERCIPTALAH DAN DAN MEE ini yang berkuah PEKAT dan LIKAT dengan KOS yang MURAH tapi SEDAP dan MUDAH untuk DIBAWA. Mee ini menjadi VIRAL dan TERKENAL dinegara China sampai sekarang. BAHAN-BAHAN
Untuk Sup Segenggam ikan bilis Fish cake dihiris nipis Daun bawang (Kesemua bahan ini direbus sampai mendidih) Bahan Sauce Chili 6 tangkai cili padi merah 3 tangkai cili merah 5 ulas bawang putih 5 sudu besar kacang tanah digoreng 2 sudu makan gula 1 sudu kecil lada hitam 2 sudu makan sos pekat caramel 2 sudu makan sos kicap cair ( Semua bahan ini dikisar halus dan dimasak atas api yang kecil) Setelah masak campurkan dengan 2 sudu makan minyak bijan dan 4 sudu makan cili flakes dan perasa. Bahan Untuk Daging Cincang 1 kilo daging cincang 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu kecil cuka hitam (blh digantikan dngn cuka biasa) 1 sudu makan sos pekat caramel hitam 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan kicap cair 6 ulas bawang putih dicincang halus (Semua bahan ini dicampurkan dan di perap selama 1 jam) 400 gram kobis asin dicincang ( Kesemua bahan ini digoreng menggunakan minyak yg sedikit. Masak hingga kering) Bahan Untuk Mee & Sayuran
CARA MENYEDIAKAN
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |