BENARKAH BILA USIA SEMAKIN MENINGKAT HATI KITA SEMAKIN RAPUH DAN SEMAKIN SENSITIF?? Hanya individu yang telah melewati usia lebih 40 tahun mungkin mula merasai perasaan sebegini. Ramai yang berkata usia itu hanyalah kiraan ANGKA. Kemungkinan juga sebab karekter kita sebenarnya tidak banyak berubah. Kadang-kadang kita masih punya keinginan seperti zaman kanak-kanak , cuma jarang ditunjukan. Bimbang dikata buang tabiat. Hanya UMUR yang menyekat kita melakukan apa yang biasa dilakukan dahulu. Maklumlah kudrat pun sudah tak sekuat seperti zaman 30 atau 40 tahun yang silam. Zaman dah semakin canggih dan kita harus ikut sekali berubah mengikut arus perubahan walaupun terkial-kial. Semua orang sibuk saban waktu. Institusi kekeluargaan dah tak serapat dulu. Ada waktu terluang dapatlah kita berkumpul, kalau masing-masing sibuk tak bertemulah jawabnya. Walau rumah masing-masing tak sampai 1 kilometer. Sibuk dengan pelbagai aktiviti dalam dunia masing-masing. Anak-anak dah punya keluarga sendiri dan rumah semakin kurang jumlah isinya. Memang benar perbelanjaan dah tak banyak, tapi kita kesunyian. Rindu saat-saat rumah macam tongkang pecah, dapur yang jarang kering dengan kain baju berlonggok tak berlipat. Masa tu kita rasa stress dan penat sangat. Tapi kenangan itulah yang memenuhi fikiran kita sekarang. Zaman itu telah berlalu, Zaman yang pernah dilalui oleh orang tua kita. Cerita yang sama dan kita sekadar mengulang cerita itu kembali. Fasa terakhir dalam CARTA kehidupan manusia dimuka bumi ini. Ada mula dan ada akhirnya. Walau apa pun realitinya kita masih punya kehidupan kita sendiri selagi tubuh masih bernyawa. Penuhkan masa yang banyak terluang dengan pelbagai aktiviti. Inilah masanya kita teruskan hobi yang terpaksa dilupakan selama ini kerana tak punya masa terluang. Jangan duduk termenung, bahaya untuk kesihatan. Terlalu banyak fikir akan menyebabkan kemurungan. Keluar dari ZON selesa, cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati sendiri. ATAU MASAK SEPERTI SAYA NI “ BACK TO DAPUR” akan buat kita HAPPY!! BAHAN-BAHAN
4 ekor Ikan Talapia 100 gram kobis asin 4 batang daun bawang (potong panjang) 1 batang leek (potong panjang) 1 tangkai cili merah (hiris halus) 3 tangkai cili padi (cincang) 2 inci halia potong halus 4 ulas bawang putih cincang 1 sudu makan minyak bijan (kalau suka) Sos 2 sudu makan sos tiram 2 sudu makan kicap cair 2 sudu makan sos ikan 1 sudu makan gula 1 sudu teh serbuk ayam CARA-CARA
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |