BULAN FEBUARI DAH MASUK BULAN KEDUA TAHUN 2020. APA PERUBAHAN YANG TELAH KITA BUAT SEPANJANG TAHUN BARU NI. MASIH KEKAL DENGAN AZAM BARU ATAUPUN DAH HANYUT KELAUT.
Setiap kali tahun baru tiba semua orang memasang azam baru. Berkobar-kobar dan penuh yakin. Mahu melakukan perubahan drastik dalam hidup. Mengimpikan bulan dan bintang. Persoalannya berapa lama azam tu bertahan?...Seminggu, sebulan atau hanya sekadar azam. Ramai yang hanya tahu bercakap aku nak buat azam baru tapi jarang orang nak bercakap macam mana cara nak kekal kan azam tu untuk kekal positif dan sentiasa berenergi tinggi agar apa yang kita azamkan tu mencapai matlamat. Untuk merealisasikan azam atau impian yang telah kita buat, kita mesti memiliki kesabaran dan disiplin yang tinggi. Kita mesti tahu apa yang kita mahu dan perasaan tu mesti kuat bertapak didalam diri. Setiap waktu perasaan tu mesti terbakar dan biarkan terus marak. Ini akan mendorong kita untuk lebih berusaha dan terus menolak diri kita untuk terus kedepan mencari jalan bagaimana mencapai impian dan keinginan yang selama ini kita angan-angankan. Jadikan family dan insan-insan tersayang sebagai pembakar semangat. Jadikan kesempitan hidup yang sedang membelenggu hidup kita sekarang sebagai landasan untuk kita terus berusaha mencari jalan keluar. Tanamkan satu perasaan bahawa “AKU JUGA BOLEH BERJAYA SEPERTI ORANG LAIN”. Cari sumber-sumber rezeki yang boleh diusahakan. Kekal Ishtiqomah dan pastikan tidak dilakukan ikut musim. Dalam masa yang sama harus bermuhasabah diri. Apa-apa yang negative pada diri tu harus diubah atau terus dibuang. Kalau selama ni suka sangat bertangguh melakukan pekerjaan dan selalu ambil mudah dalam semua perkara, ubahlah cepat-cepat. Didik diri agar menjadi lebih bertanggung jawab dan ambil serious dalam semua perkara. Walaupun pada hal yang remeh temeh. Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan terlebih dahulu, dengan orang tua kita, dengan isteri atau suami dan juga dengan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling. Perkara seperti inilah yang jarang diberi perhatian. Sedangkan inilah punca terbesar terhentinya sumber rezeki yang menyebabkan hidup kita sentiasa dalam kesempitan dan pelbagai-bagai masaalah datang silih berganti. FIKIR-FIKIRKANLAH HARI NI SEMUA ORANG CUTI, BAGI YANG DUDUK SANTAI KAT RUMAH HARI-HARI MINGGU NI, ELOK SANGATLAH KITA KEDAPUR SEKARANG. MASAK APA YANG PATUT. !JOM BAHAN-BAHAN (Untuk Direndam 4 Jam) 1 genggam kacang hijau 1 genggam kacang dhal merah SAYURAN 3 atau 4 jenis sayuran hijau ikut suka Lobak merah Lobak putih Kundur 2 biji tomato Secubit asam jawa 2 sudu teh Bijian rempah campur BAHAN KISAR 1 biji bawang besar 1 inchi halia 6 ulas bawang putih REMPAH 1 sdu makan serbuk kari 1 sudu makan serbuk cili 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk ketumbar BAHAN GORENG AKHIR 5 tangkai cili kering potong 3 1 tangkai cili merah potong 3 6 tangkai cili hijau biar Panjang 3 tangkai daun kari CARA-CARA
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |