NAK BUAT APA HARI NI?...NAK KELUAR KE ATAU BERSIHKAN RUMAH YANG DAH MACAM TONGKANG PECAH. PILIHAN MANA YANG POPULAR?? Keluar pun boleh tak keluar pun ok. Anak-anak pasti happy dapat jalan-jalan cuma kita semakin penat dan dompet pun kurang isi. Maklumlah bila bawa anak-anak keluar semuanya berbeli. Hati Ibu ni hati tisu, bila anak merengek nakkan sesuatu tak sampai hati nak kata NO. Sudahlah kita jarang dapat meluangkan masa bersama dia orang, rasa bersalah tu tebal. Inilah masa untuk dia orang meragam, tantrum dan tunjuk perangai untuk meraih perhatian. Ibu bapa pula janganlah kerana rasa bersalah pada anak-anak ikut je apa kehendak dia orang. Sesekali kena tunjuk juga kat anak-anak WHO’S THE BOSS, agar mereka faham dan berdisiplin. WHY NOT dalam sebulan rancang aktiviti untuk anak-anak agar mereka tidak bosan. CONTOH nya dalam minggu pertama plan buat outing seperti memancing, picnic, camping..etc. Minggu kedua duduk rumah. Buat aktiviti mengemas rumah, bercucuk tanam, memasak bersama-sama. Minggu ketiga balik kampung ke!..menziarahi family ke!..atau berkumpul dengan kawan-kawan buat indoor aktiviti. Minggu ke empat keluar tengok wayang atau jalan-jalan ke tempat-tempat reakrasi. Kalau aktiviti seperti ini dipraktikan secara rutin anak-anak akan lebih berdisiplin dan pandai berdikari. Mereka tidak tertumpu pada gadget semata-mata. Anak-anak akan mula bergaul dengan orang lain sebab mereka rasa seronok dengan suasana baru dan aktiviti yang mencabar. Secara tidak langsung dapat menghindari mereka daripada gejala-gejala yang tidak sihat. Tidur mereka semakin lena dan tahap kesihatan mereka pun semakin meningkat. Perhatikan postur tubuh anak-anak yang rajin buat outdoor aktiviti, badan mereka tegap, aktif dan tahap pemikiran mereka pun lebih matang. Biasakan mereka dengan cara hidup sihat dan juga ajar anak se awal kecil lagi untuk bergaul dan bercampur dengan masyarakat. Bukan duduk menghadap screen computer ataupun hanya bersahabat karib dengan handphone. Petang-petang sabtu ni kita sama-sama luangkan masa masak hidangan yang special sikit untuk dia orang. Memang lah kita biasa makan makanan macam ni kat luar sana, tapi kalau kita dapat memasak nya sendiri itu kan BONUS. AIR TANGAN IBU ITU KAN BERKAH. Kita sendiri sentiasa teringatkan masakan emak kita kan??. Jangan buang masa YUK..YUK.. kita masak!!! BAHAN-BAHAN
1 kg daging lembu bertulang (rebus empuk) 100 grm kobis asin (potong Panjang) 1 ruas akar teratai( kupas kulit, hiris 1 inci nipis dan rebus empuk) 2 inci halia (potong halus) 6 ulas bawang putih(cincang) 1 biji bawang merah (potong dadu) 1 tangkai cili merah (hiris kasar) 5 tangkai cili kering (potong 3) 2 batang kayu manis 5 biji bunga lawang 1 sudu teh biji lada hitam 2 batang daun bawang (potong kasar-kasar) 1 ½ sudu teh serbuk lada hitam SOS 5 sudu makan sos tiram 1 sudu sos pekat hitam 1 sudu makan gula 2 sudu makan kicap cair ( semua sos digaul sekali) CARA-CARA
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |