BERAPA KALI KITA DENGAR SUAMI DAN ANAK-ANAK MERENGEK MINTA KITA MASAK SPECIAL UNTUK DIA ORANG?...DAN BERAPA KALI AGAKNYA DALAM SEMINGGU SUAMI MEMBANTU ISTERI DENGAN KERJA-KERJA RUMAH?? Bagi homestay mom situasi begini tidak timbul langsung tetapi agak janggal bagi working mom. Masa banyak habis ditengah jalan. Sampai rumah tenaga dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Tengok rumah bersepah, baju berlonggok minta dicuci, Ironing untuk dipakai esuk, anak-anak pula mula tunjuk perangai masing-masing dan suami pura-pura buat tak nampak. Stress tahap gunung Kinabalu kita dibuat nya. Bagi suami yang faham isteri bukan orang gaji beruntung lah. Kalau tak, merana lah jiwa dan raga. Hidup berkeluarga ni bagi yang faham jalan nya amat mudah. Rumah dan semua isinya adalah milik bersama. So tak akan timbul isu bersihkan rumah, masak, jaga anak, basuh baju hanya terbeban dibahu isteri. Kalau orang kata itu tanggung jawab orang perempuan memang mereka jahil. Suami pun tinggal dirumah yang sama. Semua facilities dalam rumah tu pun dia guna, makan pakai dia semua tersedia. Malah bantuan kewangan pun isteri hulur. Itu belum campur bab-bab rahsia. Bermakna perkhawinan tu satu commitment yang penuh dengan tanggung jawab. Untuk mengharmonikan lagi hubungan tu adalah sharing. Semua harus dilakukan bersama kerana ia satu perkongsian hidup. Kadang-kadang hal-hal seperti ini menjadi tekanan kepada isteri. Terpancar diriak wajah mereka, sinar mata semakin suram, menjadi pendiam, gagal berinteraksi dengan baik, tidak focus, tubuh berserabai, mula belajar membawang dan mudah naik angin. Mereka mula bersikap negative yang hanya memburukan lagi keadaan. Antara sedar atau pun tidak mereka membiarkan diri mereka terus dipergunakan dan dieksploitasi dalam jangka masa yang lama. Mereka sekadar menjadi penurut dan patuh secara membuta tuli. Alasan nya terlalu KLISE, harus taat walaupun diri sudah lama tidak dihargai apatah lagi dicintai, Hanya sekadar gelaran isteri tu sahaja yang belum terlucut. Banyak orang yang bertanya bila saya buat kaunseling, kenapa tuhan tak adil malah DOA yang dipohon saban waktu tak pernah nya MAKBUL walau pun mereka telah berusha menjadi isteri MITHALI. Jawapan nya amat mudah untuk dijawab walau perit untuk didengar. Saya kata “ PUAN TELAH MENGKHIANATI DIRI PUAN SENDIRI. PUAN TIDAK PERNAH SAYANG APATAH LAGI MENGHORMATI TUBUH BADAN SENDIRI. TUBUH ITU MILIK PUAN KURNIAAN YANG MAHA ESA, DIDALAM NYA ADA AKAL DAN ORGAN-ORGAN LAIN YANG CUKUP SEMPURNA FUNGSINYA. ADAKAH DIGUNAKAN DENGAN BETUL ATAUPUN SEKADAR DIGUNAKAN UNTUK TAKSUB SESAMA MAHKLUK. TUBUH KITA TERBAHAGI KEPADA 2, IAITU FIZIKAL DAN ROHANI. TUBUH FIZIKAL(BADAN) AKAN KEMBALI KETANAH BILA MATI NAMUN ROHANI(ROH) TETAP HIDUP. TAK PERNAH TERFIKIR KE??.. BAGAIMANA LAYANAN PUAN TERHADAP TUBUH BADAN PUAN SENDIRI. ADIL TAK?” Sebab tu sebelum menyalahkan tuhan, kan lebih baik muhasabah diri sendiri dahulu. Jaga hubungan kita dengan tuhan terlebih dulu baru kita jaga hubungan kita dengan mahkluk Allah yang lain. Kalau kita faham akan keujudan kita didunia ni untuk apa, confirm kita tak akan sesekali menyalahkan tuhan apabila doa tidak dimakbulkan. Jangan terlalu sibuk nak tunjuk bakti pada orang lain sedangkan kita lupa untuk berbakti dan berbuat baik pada diri sendiri terlebih dahulu. Bukan saya cuba untuk menghakimi sesiapa sekadar memperingati sesama kita. Kalau ada suggestion from you all why not kita kongsi sama-sama. OK LAH JOM KITA MASAK!!
BAHAN-BAHAN Pekasam ulam raja Kobis Asin Lobak merah Kobis cina Tempe Taufoo Cili merah (Bawang merah, bawang putih, ikan bilis) kisar Santan CARA-CARA
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |