POKOK BETIK SEBATANG JE TAPI TAK HENTI-HENTI BERBUAH. REZEKI NAMA NYA TU!!. TAPI BERAPA RAMAI YANG YANG BETUL-BETUL MELIHAT NYA SEBAGAI ANUGERAH REZEKI DARI YANG MAHA ESA??? Asyik mengeluh semua mahal, semua tak ada, semua itu semua ini. Agak-agak bila masa nya kita semua mula berhenti mengeluh. Cari jalan penyelesaian secepat mungkin agar apa yang kita rungutkan segera selesai. Sebab apa yang sering kita keluhkan, kita ucapkan saban waktu akan menjadi DOA. Berhati-hati lah dengan apa yang kita luahkan. Kalau kita merasa kita susah ramai lagi orang diluar sana lebih susah dari kita. Begitu juga kalau kita merasa diri kita sering teraniaya dan di remehkan, cuba kita berhenti sejenak, berfikir dan muhasabah diri sendiri adakah kita tak pernah menganiaya dan meremehkan orang lain. Hidup ini umpama cermin “KITA HADAP CERMIN TU DAN CERMIN TU HADAP KITA BALIK”. Tak gitu. Bermaksud apa yang terjadi pada diri kita kadang-kadang disebabkan oleh kita sendiri. Senang kata diri kita sendiri lah dalang nya disebalik setiap peristiwa yang yang berlaku. Macam orang putih selalu sebut “KARMA”. Cuma dalam Islam karma tu tak da. Kita ada QADA’ & QADAR. Berbalik kepada cerita sebatang pokok betik tu tadi. Ramai orang hanya sekadar memandang sebelah mata je pokok betik ni. Fungsi dan kehebatan pokok betik ini setanding kehebatan pokok kelapa. Bermula dari akar sampai kepucuk banyak kegunaan dan manafaat yang dapat kita gunakan. Apa yang orang tahu hanya sekadar buah nya sahaja. Itu pun kalau dah ranum. Selebih nya zero knowledge. Kita bangga dengan buah-buahan yang tak tumbuh ditanah kelahiran sendiri. Kita sibuk mempromosi sesuatu yang berada di luar sempadan. Konon-konon lebih berkualiti dan bagus. Pernah tak terfikir di benak kita semua kenapa pokok-pokok yang kurang digemari ni tumbuh disini. Pada saya jawapan nya mudah. ALLAH itu maha mengetahui. Setiap pepohonan, tumbuh-tumbuhan dan binatang yang menjadi sumber makanan kepada semua mahkluk nya telah ditetapkan mengikut kesesuaian Iklim dan tatacara penghuni tempat itu. Sebab itu apa yang ada disini kita tak dapat di negara yang mempunyai Iklim 4 musim. Malaysia beriklim Khatulistiwa, so cara pemakanan dan pengobatan kena ikut apa yang Allah telah tumbuhkan di tempat itu. Pokok betik ni selain buah nya yang berbagai-bagai saiz, ia juga mengalami proses kematangan buah yang berperingkat. Buah yang masih muda(hijau) boleh dibuat sayur, buah yang sedang mengkal(merah & kuning didalam nya) telah matang sedap dijadikan Halwa, Jeruk buah ataupun Acar. Dan yang telah ranum potong makan terus. Pucuk daun betik muda sedap dijadikan ulaman atau sayur goreng belacan. Manakala daun yang tua dapat dimanafaatkan untuk melegakan darah tinggi. Racik halus-halus dan jemur dipanas matahari. Jadikan nya sebagai minuman. Ramai yang kurang mengetahui akar pokok betik mampu melegakan demam panas dengan cara merendam nya terlebih dahulu sebelum diminum. Ingat amaran Allah dalam SURAH AR RAHMAN, KENIKMATAN APA LAGI YANG KAU NAFIKAN. Bukan niat untuk menunjuk pandai hanya sekadar berkongsi Ilmu. Jadi sesiapa yang ada pokok betik kat rumah tu, manafaatkanlah sebaik-baik nya. Hari ni kita gunakan betik muda yang tumbuh subur didepan rumah saya untuk resepi masakan hari ni. “YUK” BAHAN-BAHAN
1 Biji betik muda (potong halus) rebus lembut 1 Batang Lobak Merah (potong halus) rebus lembut Kobis Asin (hiris nipis) 1 biji bawang besar ( hiris) 2 ulas bawang putih (racik) 1 tangkai cili merah (hiris) 2 batang daun bawang (potong kasar) 2 sudu makan sos ikan 1 sudu cili oil 1 sudu makan gula Garam CARA-CARA
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |