CUBA BUAT SPOT CHECK KAT DALAM PETI AIS TENGOK APA YANG ADA. TENTU BANYAK SAYUR YANG TINGGAL BAKI SIKIT-SIKIT. TUNGGU DULU JANGAN DI BUANG. Kalau sayur sayuran tu masih elok, why not di campurkan dalam masakan. Ataupun di olah menjadi salad yang berkhasiat dan juga kerabu yang sedap. Pelbagaikan bumbu salad atau pun kerabu agar lebih menyelerakan untuk di nikmati. Tak semesti nya baki baki sayuran tu tak boleh lagi di makan. Bila berada di dapur kita kena kreatif dan cepat bertindak. Tak perlu nak fikir banyak-banyak apa yang nak dimasak untuk di hidangkan hari ini. Semakin kita berfikir semakin kita tak tau apa yang nak di masak. Cuba manafaatkan apa yang ada kat dalam peti ais tu. Bagi yang berkemampuan masaalah seperti ni tak timbul, tapi bagi yang kurang kemampuan agak payah untuk merika membazir. Setiap menu masakan kena ambil kira. Semua kena melalui proses BUDGET. Ikutkan cara ini lah yang seharus nya di praktik kan. Agama kita pun melarang pembaziran. Banyak orang- orang di luar sana kebuluran, berhari-hari tak makan. Kita kat sini sikit-sikit buang. Kan lebih afdal buat sayur campur ke, masak dalam nasi bubur, buat sup, goreng ngan telur ataupun pekasam kan dia. Dalam masa yang sama kita menunjuk kan tauladan yang baik pada anak-anak kita untuk merika ikuti di masa depan. Belajar erti syukur dan menghargai rezeki yang tuhan telah kurniakan kepada kita. Tak jatuh darjat seorang manusia tu kalau makan makanan semalam yang di panaskan ataupun masak lebihan sayur/lauk yang hanya berbaki sedikit. Contohi orang Cina mendidik anak-anak merika. Perhatikan cara mereka makan. Taka ada pembaziran langsung. Mangkuk mereka licin. Mereka betul-betul menghargai dan menghormati makanan. Berbanding dengan orang kita. Jarang mengajar anak untuk SHARE makanan apatah lagi untuk mensyukuri nya. Banyak kali kita menyaksikan anak-anak bila tak suka dengan makanan tu, mula lah menolak pinggan dengan memek muka yang tak elok langsung untuk di pandang. Makanan jarang di habiskan dan mak bapa dia orang ok je. Tak mau menegur sikap anak-anak ataupun cuba mendisplinkan mereka. Apakah kita sudah hilang rasa malu ataupun rasa bersalah pada yang pemberi rezeki.” TAK TAKUT KE KALAU SEMUA TU DI TARIK BALIK”. Berapa ramai yang sedar akan perkara ni. Tak kira lah apa pangkat yang ada atau status yang kita miliki, pada ALLAH semua tu tak ada dalam perkiraan nya. Ajar diri sendiri erti syukur walau sebutir nasi yang kita nikmati. Jadi lah seorang manusia yang benar-benar bertanggung jawab dan berakhlak. Agama Islam bukan hanya solat, puasa, zakat dan menunaikan haji, tetapi juga mengajar kita menjadi seorang yang BERADAB. Panjang lebar pula celoteh kali ni. JOM kita ke dapur. Resepi kali ini santai. Hanya menggunakan lebihan sayur dan buah-buahan yang hampir luput tarikh. Di kombinasikan dengan Pekasam Ulam Raja dan Kobis Asin. BAHAN-BAHAN Pekasam Ulam Raja (potong kecil) Kobis Asin (hiris nipis) 1 labu bawang besar (hiris nipis) Jering (ada 5 biji yg tinggal hiris halus) 1 tangkai cili merah (potong halus) 1 biji apple hijau (tinggal sebiji je) Kelapa parut (sangai/sangar) hingga garing BUMBU Udang kering Bilis Bawang putih Cili padi (semua bahan ni di tumbuk halus) CARA-CARA
HALWA JUJUBE (BUAH BIDARA)
BAHAN-BAHAN Buah jujube Gula pasir Cengkih Air limau (ikut suka) CARA-CARA
0 Comments
Leave a Reply. |
Hi! Saya Noria Maria,
I am the owner of Cicibite and I love pisang goreng. I produce food that cater your love for food while securing your health. Archives
March 2020
Categories |